Si comel

09 Ogos 2011

cerita2 lawak



Sekolah



Abu mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah.


Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 gigih dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.


Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.


Cikgu Abu : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.


Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).


Cikgu Abu : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.


Taufik : “Maaf Cikgu Abu, panjang sangat..”.


Cikgu Abu : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.


Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.


Cikgu Abu menarik nafas panjang dan terdiam.


Setelah dari darjah 3 gigih, Cikgu Abu kemudian masuk ke darjah 1 bijak dan menyemak nama murid-murid.


Mata Cikgu Abu tertumpu pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.


Kemudian Cikgu Abu menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.


Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.


Semasa Cikgu Abu melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 gigih.


Cikgu Abu : “Dian ada abang di sekolah ini?”.


Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”


Cikgu Abu : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.


Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…


"Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”


Cikgu Abu : @$%^%














Laptop


Ahmad baru saja membeli laptop. Langkah pertama setelah membeli laptop, dia menetapkan pasword untuk keselamatan laptopnya. selepas itu dia membuat salinan pasword itu di dalam miscrosft word lalu save di my document laptopnya agar dia tidak lupa paswordnya.






Malam itu laptopnya hilang. dia mula risau jika orang yang mengambil laptop itu terjumpa pasword yang disimpan di my document laptopnya. lalu dia mencari laptopnya itu sampai pagi. akhirnya, pada pagi itu, dia menjumpai laptopnya kembali iaitu di rumah jirannya (selang beberapa rumah dari rumahnya). Rumah itu tiada orang. selepas dia msuk ke rumah itu, dia membuka laptopnya dan menukar paswordnya agar orang yang mengambil laptopnya itu tidak dapat membuka laptopnya dan yang paling penting tidak dapat menjumpai salinan pasword yang terdapat di my document laptopnya. setelah selesai, dia pun pergi meninggalkan rumah itu dan membiar laptopnya di situ lantas melangkah pergi dengan laju.






dia bermonolog dalam hatinya:






"Fuhh lega aku... nasib baik aku da tukar pasword laptop aku... jadi selamat la salinan pasword yang aku simpan semalam... bodoh punya orang, dia xtahu yang aku da tukar pasword laptop aku." dia ketawa kecil dalam hatinya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...